Kelas Pantas Menaip
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, Sabtu - 03 Okt 2020 - Pusat Internet Repek telah diadakan kelas menaip menggunakan Microsoft Word bagi pelajar-pelajar tingkatan 2. Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti mampu menaip dengan cepat untuk digunakan dimasa akan datang. Kaedah menaip ini adalah untuk meminimakan kesalahan ejaan dan juga simbol-simbol yang lain yang terdapat di dalam Microsoft Word. Pada permulaannya, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word.
Melalui kelas ini juga sedikit sebanyak dapat memupuk sikap fokus dalam diri mereka kerana turut diadakan pertandingan menaip paling laju dengan meminimakan kesalahan yang biasa berlaku semasa menaip menggunakan papan kekunci (keyboard). Di permulaan, pelajar diberi masa selama sejam untuk berlatih menaip dengan cepat dan meminimakan kesalahan melalui laman web (https://10fastfingers.com/typing-test/english). Seterusnya, mereka dinilai untuk mendapatkan markah paling tinggi dengan kesalahan paling rendah dan dikira sebagai pemenang. Kelas ini Bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: